SOALAN LATIHAN PENJODOH BILANGAN
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
Soalan 1berdasarkan gambar di bawah.
1. Hazad minum se_____________ air kerana dahaga.
A teko C gelas
B cawan D cerek
2. Adik hanya memakan se_________ limau yang diberikan oleh ibu kerana rasanya masam.
A biji C ulas
B buah D pangsa
3. Petani itu sedang mengubah anak-anak padi di sepuluh ____________ sawahnya.
A petak C bidang
B papan D gelung
4. Malini memakan tiga ________ roti untuk mengalas perut sebelum ke sekolah.
A keping C buku
B kotak D ulas
5. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa __________ tembakan untuk meleraikan rusuhan itu.
A butir C biji
B das D patah
6. Datuk memetik beberapa _________ petai dari pokok di belakang rumah.
A ulas C biji
B papan D ketul
Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.
7. Ah Meng memasukkan empat__________ beras ke dalam lori.
A biji C kampit
B guni D bungkus
8. Nelayan itu sedang menjahit se_________ jala yang koyak.
A buah C bidang
B rawan D lembar
9. Ahli pengakap itu memikul se__________ kayu api untuk dibawa ke khemah.
A bungkus C cekak
B batang D berkas
10. Kakak menggunakan se___________ kain untuk membalut luka di kakinya.
A helai C carik
B papan D keping
11. Beberapa pelancong asing yang hilang itu dipercayai diculik oleh _________ pengganas.
A pasukan C gerombolan
B angkatan D kumpulan
12. Rahimah memasukkan beberapa __________ beras ke dalam periuk untuk memasak bubur.
A biji C kampit
B kepal D genggam
13. Laila menerima se_________ rantai mutiara daripada ibunya sebagai hadiah hari jadi.
A bentuk C utas
B urat D untai
14. Rumah Lin Yong terletak di hadapan se____________ rumah kedai.
A deret C barisan
B pintu D kelompok
Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.
15. Setiap hari Mak Jah membuat dua _____________ kuih untuk dijual di warung Pak Hamid.
A biji C keping
B bakul D potong
16. Se ____________ tentera telah dihantar ke sempadan negara itu untuk mengawal rusuhan itu.
A orang C kumpulan
B pasukan D gerombolan
Soalan 17 berdasarkan gambar di bawah.
17 Pak Ahmad membawa ______________ jala ke sungai untuk menjala ikan .
A sekawan C sebuah
B serawan D selembar
18. Sasterawan negara itu membacakan __________ pantun untuk para hadirin yang hadir.
A sebaris C serangkap
B sepotong D seuntai
19. ___________ lembu kelihatan sedang memakan rumput di tepi sungai.
A segerombolan C sekumpulan
B sekawan D seangkatan
20. Pihak kastam telah merampas dua _____________ pistol dari ____________ kereta.
A laras ... sebuah B pucuk ... sebuah
C rawan ... sebuah D batang ... sebuah
21. ___________ bomba telah dihantar ke Seremban bagi mengikuti kursus penyelamat.
A Sekawan C Segerombolan
B Seangkatan D Pasukan
22. Ibu memasukkan _______________ garam ke dalam masakan gulai ikan pari itu.
A secubit C segenggam
B secekak D sebungkus
23. Cikgu Latha menghadiahi Raman _____ buku novel sempena hari jadinya yang ke -10.
A senaskhah C seuntai
B sehelai D sekeping
24. Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa ____________ tembakan ke udara bagi menyuraikan tunjuk perasaan itu.
A butir C buah
B bilah D das
Soalan 25 berdasarkan gambar di bawah.
25. Abang membeli beberapa __________ jagung bakar untuk dibawa pulang ke rumah.
A batang C tongkol
B biji D buah
26. Hasliza membeli _______rantai untuk anak perempuannya yang berusia 20 tahun.
A serawan C seurat
B seutas D seulas
27. ___________rumah teres di Jalan Ampang telah musnah dalam kebakaran pagi semalam.
A Sebuah C Sekelompok
B Sederet D Sebaris
28 Mata Hayati berasa sakit setelah beberapa ___________ pasir memasuki matanya.
A carik C buku
B butir D biji
29. Juara qariah itu menerima hadiah _____________ Quran dan dua _____________ tiket penerbangan ke Mekah.
A senaskhah ... keping B sebuah … helai
C sekeping … naskah D bentuk … gulung
Soalan 30 berdasarkan gambar di bawah.
30. Dalina menyelitkan ____________ bunga ke rambut ibunya.
A sejambak C sesisir
B sekuntum D sehelai
31. Bangunan sekolah itu akan didirikan di atas se_______________ tanah.
A buah C bentuk
B bidang D baris
32. Beberapa ___________ mercun telah dirampas oleh pihak polis dalam operasinya semalam.
A papan C laras
B pucuk D das
33. Minah menggunakan ______________ payung berwarna kuning ketika mengiringi mempelai itu.
A serawan C sebatang
B sebilah D sekaki
34. Ramani meletakkan_______________ kek ke dalam piring kawannya.
A sebuah C sekeping
B seulas D sepotong
35. Cikgu Latifah menulis beberapa ________ ayat dan ________ pantun di papan tulis.
A baris .... sepotong C patah .... sebuah
B baris .... serangkap D baris ... seuntai
36. Beberapa ____________________ rumah telah terbakar pada malam semalam.
A buah C cubit
B helai D ruas
37. Baju abang terkena beberapa ______________ dakwat hitam.
A titik C tompok
B cubit D bekas
38. Sempena sambutan Hari Kebangsaan , beberapa _____________ jalan utama akan ditutup.
A batang C baris
B buah D bidang
39. Nenek menaburkan ____________beras ke arah anak-anak ayam itu.
A sepasang C secekak
B sesikat D segenggam
40. Encik Raman membajak sawah dengan menggunakan dua _____________ kerbau jantan.
A ekor C biji
B buah D tandan
Soalan 41 berdasarkan gambar di bawah.
41. Di tepi sungai itu ada beberapa _____________ buluh.
A rumpun C ranting
B longgok D batang
42. Dua ____________ wartawan telah diarahkan ke kawasan tanah runtuh itu.
A orang C kawan
B buah D gerombolan
43. __________ garam dimasukkan ke dalam bubur kacang untuk menambah keenakannya.
A Secubit C Sebungkus
B Segenggam D Secawan
Soalan 44 berdasarkan gambar di bawah.
44 Bala membeli dua_______________ akhbar dari kedai buku itu.
A naskhah C buku
B lembar D helai
45. Bungkusan itu diikat dengan ___________ tali supaya tidak mudah terbuka.
A seutas C seruas
B seulas D seurat
46. Pekebun itu menjual lima ________________ pisang kepada Tauke Lim.
A buah C tandan
B helai D pucuk
47. Rani menghadiahi Cikgu Sathu se _____________ bunga.
A ikat C jambak
B cucuk D ketul
Soalan 48 berdasarkan gambar di bawah.
48. Rumah Mak Jah musnah dihempap _____________ pokok kelapa.
A sebiji C sebatang
B sepapan D seruas
49. Ibu menanam ____________ serai dan beberapa ____________ pokok ubi kayu di belakang rumah.
A serumpun ... batang B sepetak ... ruas
C serumpun … pucuk D batang … batang
50. Saya memakan beberapa ____________ sate dan dua ___________ayam goreng.
A batang .... ketul C cucuk ... bongkah
B cucuk ... ketul D biji ... ketul
JAWAPAN:
1 C 11 C 21 D 31 B 41 A
2 C 12 D 22 A 32 A 42 A
3 A 13 B 23 A 33 A 43 A
4 A 14 A 24 D 34 D 44 A
5 B 15 B 25 C 35 D 45 A
6 B 16 B 26 B 36 B 46 C
7 C 17 A 27 B 37 A 47 C
8 B 18 C 28 B 38 A 48 C
9 D 19 B 29 A 39 D 49 A
10 A 20 B 30 B 40 A 50 B
0 Comments