Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Soalan Latihan Sinonim Tingkatan 2 Dan Jawapan

SOALAN SINONIM 


Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 

1. Cikgu Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. Perkataan seerti bagi mendesak ialah ____________. 

A merayu             C memaksa 

B merungut            D menyuruh 

2. Jurutera itu sedang memantau kerja-kerja pembinaan di tapak projek itu. Perkataan seerti bagi memantau ialah ________________. 

A melihat           C memintas 

B memerhati          D memandai 

3. Murid-murid yang menyertai kem motivasi itu mendapat banyak iktibar daripada ceramah motivasi sebentar tadi. Perkataan seerti bagi iktibar ialah ___________.

A keputusan         C contoh

B pengajaran         D pengalaman 

4. Lokman mengeluh akan nasibnya yang malang . Perkataan seerti bagi mengeluh ialah ______________. 

A merayu         C merungut 

B merintih         D menggerutu 

5. Ibu tidak membenarkan abang menyertai rombongan sekolahnya ke Kuala Lumpur. Perkataan seerti bagi membenarkan ialah _______________.

A mengizinkan    B membolehkan

C menggagalkan 

6. Baju Pak Hashim lencun kerana hujun lebat . Perkataan seerti bagi lencun ialah ________ 

A hapak           C kuyup

B kering           D lembab 

7. Rambutnya dipotong pendek supaya kelihatan lebih kemas. Perkataan seerti bagi dipotong ialah ____________. 

A digaya           C dilapah 

B dituai           D dipangkas

8. Kelahiran cahaya mata Encik Ali dengan Puan Rahmah itu diharapkan dapat membawa rahmat kepada keluarganya. Perkataan seerti bagi rahmat ialah ____________. 

A restu           C hutang 

B berkat           D ganjaran 

9. Pemuda itu berfikiran cetek kerana kurang membaca. Perkataan seerti bagi cetek ialah _____________ . 

A tohor           C sesak 

B ketat           D sempit

10. Hutang-hutang di kedai itu sudah dilangsaikannya semalam. Perkataan seerti bagi dilangsaikan ialah ______________.

A dilesapkan          C ditunaikan 

B dilunaskan          D dihapuskan

11. Cikgu Zaman mendesak Yusnita supaya menceritakan perkara sebenar kes buli yang berlaku kepadanya. Perkataan seerti bagi mendesak ialah ____________. 

A merayu           C memaksa 

B merungut          D menyuruh 

12. Kehadiran mereka tidak menghalang Encik Samad untuk melaksanakan tugasnya. Perkataan seerti bagi menghalang ialah___________. 

A mengganggu   B membantu 

C menyakit

13. Murid-murid perlu berhati-hati semasa melintas jalan raya. Perkataan seerti bagi berhati-hati ialah ______________. 

A bersungguh-sungguh   B beringat-ingat

C berpandang-pandang 

14. “Letih sungguh badan saya hari ini”, kata ibu kepada Aminah. Perkataan seerti bagi sungguh ialah ______________. 

A betul   B berat 

C berapa 

15. Guru besar menghela nafas panjang apabila mengetahui murid-murid tahun enam sekolahnya lulus dengan cemerlang. Perkataan seerti bagi menghela ialah __________. 

A menarik           C menggesa

B menahan          D menghirup 

Soalan 16 berdasarkan gambar di bawah.

16. Jurulatih pasukan bola sepak yang menjuarai pertandingan itu telah dijulang oleh pemain-pemainnya kerana kegembiraan. Perkataan seerti bagi dijulang ialah ________. 

A diusung           C diangkut 

B diangkat           D dijunjung

17. Kamal melempar batu ke dalam sungai itu. Perkataan bagi melempar ialah __________. 

A mengada          C mewujud

B mengalih          D membaling 

18. Mereka menadah tangan berdoa untuk memohon pertolongan Tuhan. Perkataan seerti bagi memohon ialah ________________.

A memantau            C mendapat

B membantu            D meminta

19. Majalah kepunyaan Azli telah disembunyikan oleh adiknya di dalam almari pakaian. Perkataan seerti bagi disembunyikan ialah ___________. 

A diletakkan          C disorokkan 

B disimpankan         D dicampakkan 

20. Orang yang bersikap tamak akan memusnahkan diri sendiri. Perkataan seerti bagi tamak ialah ____________. 

A cemburu   B dengki

C haloba 

21. Wang sakunya tercicir semasa dalam perjalanan ke sekolah. Perkataan seerti bagi tercicir ialah _______________. 

A terhapus   B terjatuh 

C terkandas

22. Johan berazam tidak akan mengulangi kesilapan lalu. Perkataan seerti bagi berazam ialah _______________. 

A bersatu             C bertekad 

B berpadu           D bersepakat 

23. Puan Aminah membalut kotak hadiah itu dengan kemas. Perkataan seerti bagi membalut ialah ______________. 

A membungkus         C mengurung

B menyarung         D melipat

24. Rumah usang itu akan dirobohkan tidak lama lagi. Perkataan seerti bagi usang ialah_____________. 

A uzur           C lusuh 

B lama           D reput

25. Ibu menyajikan kuih-muih kepada tetamu yang datang ke rumah. Perkataan seerti bagi menyajikan ialah ___________. 

A menyiapkan         C menyediakan 

B menghulurkan         D menghidangkan 

26. Tsunami telah memusnahkan banyak bangunan dan harta benda. Perkataan seerti bagi memusnahkan ialah _____________. 

A menghancurkan        C menjatuhkan

B membinasakan         D meleburkan 

27. Sara menghantar e-mel kepada sahabatnya yang berada di Kedah. Perkataan seerti bagi menghantar ialah ____________. 

A mengirim          C membalas

B membeli           D menerima 

28. Pokok kelapa di tepi rumah datuk sudah condong. Perkataan seerti bagi condong ialah ___________. 

A singkat           C bengkok

B senget           D tumbang 

29. Cuaca di Cameron Hinglands sungguh dingin. Perkataan seerti bagi dingin ialah ____________. 

A panas           C sejuk

B angin           D beku

30. Puan Aini menggilap dulang tembaga itu hingga berkilat. Perkataan seerti bagi menggilap ialah ____________. 

A menggosok         C menyental

B mengusap         D memberus 

31. Nenek memakai cermin mata kerana pandangannyha sudah kabur. Perkataan seerti bagi kabur ialah ______________. 

A muram           C kelam

B suram           D pudar 

32. Petani itu bermandikan keringat kerana bekerja dengan gigih di bawah panas matahari. Perkataan seerti bagi gigih ialah ______________. 

A tegap           C tekad

B tekun           D tegas 

33. Wakil rakyat selalu mengingatkan masyarakat di kawasannya supaya menjauhi persengketaan. Perkataan seerti bagi persengketaan ialah ___________. 

A pertarungan         C perbalahan 

B perdebatan         D persaingan. 

34. Penduduk Taman Cempaka mengekalkan cara kehidupan yang mementingkan perpaduan melalui aktiviti Rukun Tetangga. Pilih perkataan seerti bagi mengekalkan ialah _____________.

A membaiki          C melakasanakan

B memelihara         D mengutamakan 

Soalan 35 berdasarkan gambar di bawah.

35. Mata keris lama itu diperbuat daripada besi tempawan manakala gagangnya pula diperbuat daipada perak. Pilih perkataan seerti bagi gagang ialah ___________.

A sarung           C pangkal 

B ukiran           D hulu 

36. Dia telah mengemukakan usul dalam mesyuarat itu. Perkataan seerti bagi usul ialah ______________. 

A rumusan          C keterangan 

B cadangan          D rancangan

37. Istana lama itu unik kerana dibina daripada kayu tanpa menggunakan sebatang paku pun. Perkataan seerti bagi unik ialah______________. 

A istimewa          C ganjil

B canggih           D pelik


JAWAPAN;


1 C         11 C          21 B           31 C 

2 B        12 A          22 C           32 B 

3 B        13 B          23 A           33 C 

4 B        14 A          24 B           34 B

5 A        15 A          25 D          35 D

6 C        16 D          26 B           36 B

7 C         17 D          27 A          37 A

8 B        18 D           28 B        

9 D        19 C            29 C 

10 B       20 C          30 A


Post a Comment

0 Comments

close