

Menulis Biar Ada Nilainya! | Menulis karya kreatif memerlukan daya tumpuan dan pengalaman sedia ada yang berkaitan dengan apa yang hendak ditulis. Jikalau pengetahuan kita 'zero' tentang sesuatu isu atau tema yang mahu dihasilkan, lebih baik kita berhenti seketika. Kutip pengalaman sebanyak mungkin melalui buku-buku, pengalaman rakan-rakan, bacaan di internet dan pelbagai cara lagi bagi memantapkan karya yang hendak dihasilkan.
Menulis karya kreatif samada sajak, cerpen, novel, pantun dan sebagainya bukannya boleh dibuat sekadar ikut-ikutan ataupun suka-suka. Memang kebanyakan kita selalu menulis begini, 'berkarya sekadar untuk suka-suka'...tetapi tahukah anda, apa yang kita hasilkan itu akan tercatat sebagai sejarah penulisan kita. Bila di pandang kembali, tentu kita tidak mahu bahan tulisan kita tidak mempunyai nilai apa-apa! Siapa yang rugi?
Tinggalkan catatan karya kreatif kita dengan nilai baik yang boleh diadaptasikan dalam sepanjang kehidupan makhluk di muka bumi ini yang bergelar manusia. Sedikit nilai baik yang kita tinggalkan, akan berkembang menjadi kebaikan yang berkekalan bila kita menutup mata nanti!
Coretan santai,
aynora.nur
4 Comments
Sya suka artikel anda :) follow sini..hpe awk sudi follow balik
ReplyDeletehttp://syimahkisahku.blogspot.com
t/kasih ya
DeleteBetul. Pastikan kita mempunyai ilmu yg secukupnya sebelum mula menulis. Heheh.. Minat menulis eh?
ReplyDeletememang minat menulis, sebab itu blog ini wujud..
Delete