Pendidikan Dan Kerjaya

Ad Code

Aku Yang Kau Tinggalkan Karya Alina Haizar

Salam mesra dan selamat membaca,

Ini adalah entri republish.. pertama kali disiarkan pada 18/2/2012.

Updates!!

Drama adaptasi novel Aku Yang Kau Tinggalkan, akan datang di RTM pada bulan Ramadan 2019 nanti. Tayang di slot Widuri TV1, lakonan utama dari Ungku Ismail & Siti Elizad.

Kali ini saya nak ambil kesempatan untuk membuat sedikit ulasan tentang sebuah novel yang amat menarik yang baru saya habis baca. Sebenarnya saya telah beli buku ini setahun yang lepas tetapi oleh kerana masa itu saya sedang habiskan MBA, maka novel ini saya KIV dulu.

Bila dah habis MBA saya, maka sempatlah saya menelaah novel ni dengan aman damai. Iya lah.. baca sinopsia AYKT pun dah berdebar, inikan pula baca kandungan novel sepenuhnya.



**Kulit Buku Aku Yang Kau Tinggalkan

Buku setebal 759 mukasurat karya penulis baru berbakat bernama Alina Haizar amat memikat hati saya untuk membacanya hingga ke halaman terakhir. Novel bergenre cinta ini amat menarik dari segi kaitan jalan ceritanya dari mula hingga akhir. Plot cerita disusun dengan kemas dan segala persoalan di segenap minda tatkala menghayati novel ini, ada saja jawapannya. Jangan risau tentang bahasa yang digunakan.

Novel Aku Yang Kau Tinggalkan ini menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tidak terlalu berbunga-bunga. Ada ketika saya berangan sedang berada di turin, Itali dimana kebanyakan latar cerita bersandarkan daerah tersebut.

Novel ini mengisahkan pengorbanan besar yang terpaksa dilakukan oleh watak utamanya Nia Athirah (Nia) sehingga membawanya merantau ke negara asing walaupun tanpa secalit pengalaman dan pengetahuan terhadap negara tersebut. Namun begitu secara kebetulan Nia bekas penuntut TESL dari UUM, jadi bahasa inggeris bukanlah jadi masalah Nia di luar negara. Nia terpaksa berkahwin dengan seorang mangsa kemalangan yang baru sedar dari koma yang panjang, dan terpaksa merangkak mengajar pemuda bernama Zaril Ikhwan itu membaca dari awal. Nia terpaksa melupakan Farid dan berkahwin demi menutup hutang keluarganya.


Adakala insiden-insiden yang tidak disengajakan antara Nia dan Zaril
setelah dipertemukan semula kelihatan begitu romantik dan mendebarkan. Ada sahaja dialog Zaril yang menyakat Nia yang sering membuatkan hati Nia berdebar-debar. Namun yang pasti cinta Nia amat utuh untuk Zaril hinggakan selama lima tahun dia masih lagi bersendirian membesarkan anaknya.

Kebanyakan watak sampingan hanya kita kenali pada bahagian2 tertentu sahaja dan watak2 seperti Farid (bekas boyfriend Nia) , Ani (adik Nia), ibu Zaril, ayah Zaril (En Zahari), adik Zaril bernama Azman dan banyak lagi watak tidak dikembangkan sumbangan mereka di dalam novel ini. Namun begitu saya faham, mungkin Alina mahu menumpukan watak penting sahaja seperti Nenek Zainun, kawan rapatnya bernama Maximo dan Hajier rakan yang membantu mengasuh anaknya Hazriel.

Penceritaan tentang R&D, tempat2 bersejarah, muzium, dilukis dengan begitu terperinci menjadikan kita seolah2 berada di tempat2 yang diceritakan.

Contohnya:


Perjalanan ke Anacapri berliku-liku dan menaiki bukit, melalui
cerun-cerun yang tinggi. Risau Nia melihat ke luar tingkap. Sebelah jalan ialah tebing yang tinggi. Kalau jadi apa-apa, terus bas menjunam masuk ke dalam laut. Ngerinya!

Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan tema dan penceritaan keseluruhan novel AYKT ini. Tidak hairan jika satu hari nanti novel ini menjadi pilihan penerbit TV untuk didramakan pula. Segala rempah ratus sebagai sebuah novel percintaan yang matang begitu terserlah di dalam novel ini. Buku ini memang tebal, tetapi jangan risau, anda tidak akan bosan dengan intipati yang diadunkan hingga tidak perasan saya boleh menghabiskan bacaan novel ini dalam tempoh sehari sahaja.

Sinopsis di belakang kulit buku :


Ikatan perkahwinan antara Nia dan Zaril Ikhwan bukanlah atas dasar cinta. Nia memerlukan wang untuk membantu keluarganya, Zaril
Ikhwan pula memerlukan seseorang untuk menjaga dirinya yang sakit.

Dalam tempoh menjaga Zaril Ikhwan, Nia mula jatuh cinta dengan suaminya sendiri. Diam-diam dia juga mengharapkan agar perkahwinannya ini kekal seumur hidup. Namun, akibat salah faham, Nia telah disingkirkan sebaik sahaja Zaril Ikhwan pulih sepenuhnya. Nia meninggalkan Zaril Ikhwan dan membawa hati yang lara ke Turin untuk meneruskan hidupnya sendirian di bumi asing bertahun-tahun lamanya.

Takdir menemukan mereka semula di Turin lalu mencetuskan perasaan benci, marah dan dendam yang terbuku di dalam hati masing-masing. Walaupun masih ada dendam dan rahsia yang terpendam, demi untuk meneruskan hidup ini, perpisahan secara rasmi adalah jalan yang terbaik buat mereka berdua. Tidak perlu lagi menyalahkan takdir walaupun Nia dan Zaril Ikhwan merasakan diri masing-masing
yang sebenarnya telah ditinggalkan.

Apakah rahsia yang dipendamkan itu…?

Tahniah kepada penulis, Alina Haizar.

Oleh,
Aynora nur @ mykarya.net

#update!!

Dengarnya novel kesayangan saya ni bakal didramakan. Ya Allah.. jadi kenyataan rupanya entri yang saya tulis di atas. Entry di atas saya post pada tahun 2012. Dah 6 tahun berlalu. Baru kini Aku Yang Kau Tinggalkan akan di buat drama dan divisualkan di kaca TV.

Tak sabar nak tunggu drama ni keluar TV. Harap visualnya nanti jadi seperti apa yang saya bayangkan.. hehe

Post a Comment

6 Comments

  1. aku yang kau tinggalkan memang best.saya dah baca byk kali.x jemu-jemu

    ReplyDelete
  2. Baru start baca. Mula2 mmg slow sikit ek? Kwn saya ckp tak best. So cmne ekkk..

    ReplyDelete
  3. Memang Best giler tau. Saya baca novel kawan. Tp skrg nak cari jgk novel ni nak buat koleksi. 'Sampai bila nak berlakon ni sayang?' hehehe...

    ReplyDelete
  4. Novel ni best sgt.. Skrip ayat dia memag perghh.. First time bc novel, menangis beb...

    ReplyDelete
  5. Salam.. Novel ni memg best sgt dr segi jalan cerita dan penggunaan bahasanya.. Di sini menunjukkan knowledge penulis yang agak luas.. First time novel yg blh buat sy menangis.. Zaril ikhwan.. Sy bg 5 star tuk novel ni

    ReplyDelete
  6. Tengah mencari novel ni

    ReplyDelete

close